Khamis, Disember 06, 2007

Khutbah Jumaat*

Pada hari yang mulia ini, saya ingin menyampaikan pesanan penuh pengertian laungan sepanjang zaman marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benarnya dan sering membuat penelitian dengan sentiasa membanci mutu dan piawaianya agar dengan usaha itu mampu meletakkan taraf perhambaan yang sebenarnya kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada dengan sebenar-benar takwa. Dan jangan kamu mati melainkan kamu seorang muslim."

Kaum muslimn yang dimuliakan,

Ummah pada hari ini hakikatnya sedang dillanda arus yang cukup hebat sehingga menjadikan mereka begitu leka dan enak dibuai gelombang. Dengan erti kata yang lain, minda mereka sudah sekian lama lesu dan tidak bermaya. Kelesuan ini adalah hasil daripada kelemahan iman dan perancangan yang rapi lagi tersusun oleh musuh Islam melalui pelbagai saluran sama ada berbentuk media atau sebagainya. Natijah daripada kelesuan ini, maka ummah akan hilang rasa sensitifnya pada agama, ummah hilang rasa kecintaan yang menebal pada Allah dan rasul-Nya yang merupakan kunci utama kekuatan dan kekebalan Islam itu sendiri.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

Firman Allah yang bermaksud "Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukminin. Tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui" (al-munafikun:8). Kalau kita merenungi ayat 8 daripada surah al-munafikun yang saya baca sebentar tadi dengan sedalam- dalamnya, kita akan mengerti bahawa kekuatan ummah ini adalah terletak pada iman yang ada di dalam hati mereka dan bukannnya terletak kepada jumlah mereka, pangkat serta harta benda mereka. Aspek keimanan inilah yanag akan menjadi dasar & pasak bagi projek mega pembinaa ummah. Sekiranya pasak dan dasarnya tidak kukuh, maka akan goyanglah binaan. Tidak mustahil ia akan roboh berkecai. Maka, individu-individu di dalam komuniti ini adalah umpama batu-bata yang membentuk binaan mega Islam bersama bahan-bahan lain bagi menyempurkan binaan ini.

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Kita berdoa kepada Allah agar kekuatan ummah yang kita cita-citakan insya-Allah akan dapat dilaksanakan yang terasnya iman dan takwa, kerana Allah berjanji dalam surah al-a'raf ayat 96 yang bermaksud "Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami yakni Allah akan membukakan kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi."

Sebaliknya, jika akidah dan syariat Islam dipesongkan seperti pendekatan yang digunakan oleh gerakan-gerakan Islam liberal dan lain-lain, nescaya akan menghancurkan perpaduan ummah

sumber :
-Koleksi teks khutbah Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
-Internet

* Sedutan dan ringkasan daripada teks asal yang telah 'dikhutbahkan' dalam pertandingan pidato & khutbah anjuran Unit Madrasah Duat (UMAD) DPMM, 20072008

Sabtu, Disember 01, 2007

Memorandum PMRAM

Siri 2 (akhir)

Pada hari kedua karnival, saya ada bersembang dengan seorang kawan di shoutbox, web Dpmm. Dia mengatakan bahawa "PM baru sahaja sampai dan sekarang sedang ditemuramah oleh wartawan". Ini bermakna, PM hadir ke program tak sampai 2 hari. Mungkin PM hanya datang untuk merasmikan program atau sekadar menjadi ketua rombongan membawa bersama 40 syarikat dari Malaysia serta beberapa orang menteri. Salah seorang menteri yang turut serta adalah menteri yang diwawancara melalui telefon oeh stesen tv al-Jazeera berhubung demonstrasi aman anjuran BERSIH baru-baru ini.

Walaupun kedatangan PM tak sampai 2 hari, namun ada 'barang' berharga yang dibawa pulang ke Malaysia iaitu memorandum PMRAM. Kredit harus diberikan kepada PMRAM kerana 'pandai'mengambil peluang dan kesempatan dengan kedatangan PM. Oleh kerana PM bukan lulusan al-Azhar, saya rasa beliau kurang tahu tentang PMRAM. Walaupun beliau seorang PM, tetapi sekiranya tidak pernah diberitahu oeh 'penasihat' atau orang disekeliling beliau, ditambah pula kalau PM sendiri tak pernah ambil tahu sirah perjuangan PMRAM, maka PM takakan tahu.

Kronologi & bekas Ydp PMRAM

Seeloknya dimasukkan kronologi PMRAM dalam memorandum. Walaupun sudah diceritakan sejaraha arma, tetapi ia hanya sebahaghian kecil sahaja dari keseluruhan perjalanan hidup PMRAM. Lebih cantik lagi, disertakan bersama dalam memorandum itu nama-nama Ydp/Presiden PMRAM sejak awal penubuhan. Bukan apa, takut PM terlupa bahawa Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu, Ustaz Ismail Halim, bekas Pengarah KUSZA dan ramai lagi yang menjadi 'orang kerajaan' selepas itu pernah menjadi Ydp PMRAM. Kalau orang buat tohmahan pada PMRAM lagi, sekurang-kurangnya PM tahu nak rujuk @ tanya siapa.

Pembelian apartmen

Selain itu, saya berpandangan bahawa PMRAM perlu tambah satu lagi item berkenaan pembelian apartmen. Kemungkinan ada sedikit persamaan tuntutan anjung arma (pejabat PMRAM) dalam memorandum dengan apartmen (sudah tentu termasuk pejabat). Namun, sekiranya disertakan relevan terhadap pembelian apartmen, saya rasa PM boleh menilai & membezakan antara arma & apatmen.

Sesuai dengan kehadiran 40 syarikat dari Malaysia, sepatutnya PMRAM (mungkin sudah buat) menyerakan memorandum (baca:Proposal Pemilikan Apartmen PMRAM ) kepada mereka. Dimurahkan rezaki dapat hasil. Takde rezeki, paling tidak kita sudah sebarkan kepada 'orang Malaysia' tentang PMRAM yang sebenar.

Misi 2057

Penutup memorandum ditulis tentang wawasan 2020. Saya tersenyum membacanya. Saya risau PM terasa @ marah sebab wawasan 2020 adalah ciptaan PM sebelum ini. PM baru sahaja melancarkan wawasan baru iaitu misi 2057. Untuk mujamalah, PMRAM patut tulis misi 2057 dalam memorandum tersebut.

Terkini: 1) Saya baru sahaja baca dalam tranungkite bahawa memorandum disampaikan kepada PM melalu YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggii . Diharapkan, memorandum itu sampai ke tangan PM dan didoakan PM ada masa untuk membacanya. Kalau tiada masa atau penat boleh minta 'menantu' tolong bacakan!

2)Dalam berita harian, PM baru sahaja pulang dari lawatan ke Uganda dan Mesir. Kedatangan PM ke Mesir mungkin selepas Uganda. Menteri-menteri lain saya tak tahu termasuk menteri yang datang bersama dengan artis!

Rabu, November 28, 2007

Memorandum Pmram

Siri 1
Isu seputar mahasiswa

Terbaru dalam web PMRAM (http://www.pmram.org/) disiarkan kandungan penuh memorandum yang telah disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan kedatangan beliau ke Mesir untuk merasmikan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007. Sebanyak 8 isu telah dimuatkan dalam memorandum tersebut. Kesemua isu yang disampaikan cukup relevan. Diharapkan ada respon dan perhatian daripada kerajaan terhadap memorandum itu. Ada beberapa isu yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian.

Isu Pengajian Mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar.

1) Tahdid Mustawa

Salah satu point yang disentuh dalam isu ini ialah berkenaan dengan tahdid mustawa. Kalau tidak salah ingatan saya, ada beberapa perbincangan (permintaan?) antara seorang pentadbir tertinggi satu institusi muadalah dari Malaysia dengan al-Azhar. Diringkaskan cerita, pihak al-Azhar menyangka semua institusi muadalah mahukan satu peperiksaan untuk menilai tahap kemampuan bahasa arab (khususnya) pemohon sebelum ditentukan rangking yang sesuai. Saya tidak pasti, sama ada 'orang' itu memang minta al-azhar sediakan modul peperiksaan (tahdid mustawa) kepada semua lepasan institusi berkembar ataupun al-Azhar yang terkeliru hasil perbincangan tersebut. Sekali lagi, saya tidak pasti 'cerita' ini betul atau tidak. Ini bukan tuduhan kepada sesiapa. Kalau silap boleh diperbetulkan. Saya bersetuju agar sistem ini dikaji semula & dibincangkan kembali oleh pihak atasan kedua-dua belah pihak.

2) Visa

Item kedua di bawah isu yang pertama berkaitan dengan visa. Sebelum ini tidak ada masalah untuk perbaharui visa. Dalam masa beberapa jam sahaja semua urusan selesai di pejabat imegresen itu juga. Tetapi, bermula tahun ini, ada sedikit perubahan prosedur untuk pembaharuan visa khususnya di Muhafazah. Walau bagaimanapun, pertengahan tahun (sekitar bulan9) ini, ada sedikit kelonggaran. Pemohon sudah tidak perlu berjumpa dengan amnu daulah lagi. Tetapi, tempoh siap visa masih sama. Lebih kurang sebulan atau lebih. Saya sendiri sudah 2 kali ke pejabat imegresen. Kali pertama proses isi dan hantar borang. Kali kedua sebulan selepas itu (kakitangan yang bertugas suruh datang sebulan selepas itu). Pun begitu, visa saya masih belum siap. 'Dia' arah agar saya datang lagi sepuluh hari selepas itu. Sampai sekarang saya belum pergi. Dengan memorandun itu, diharapkan mendapat respon segera dari Wisma Putra.

3) Muqayad

Sudah lama saya fikirkan masalah ini. 'Apa kes' sebenarnya nama pemohon lambat 'naik'. Sekadar andaian, mungkin disebabkan pengurusan dari Malaysia @ pengursan di Jpmk @ sistem pentadbiran dan pengurusan al-Azhar itu sendiri. Semoga kerajaan Malaysia (Kementerian yang terbabit) dapat berbuat sesuatu agar kemelut yang menghantui siswa baru setiap tahun dapat diatasi.

Sebagai persatuan kebajikan, usaha yang dilakukan oleh PMRAM seharusnya mendapat pujian. Dengan bidang kuasa yang terhad, PMRAM berusaha untuk memberi kesenangan & keselesaan kepada semua mahasiswa yang ada di sini. Menjadi penghubung antara al-Azhar sudah. Menjadi perantara dengan amnu daulah pun sudah. Kini menjadi penyampai (memorandum) kepada kerajaan Malaysia pula! Bersambung...

Ahad, November 25, 2007

Karnival Timur Tengah 2007

Esok, (Isnin, 26 November 2007) akan berlangsung Pameran Kerjaya & Ucapan Perdana sempena Karnival Timur Tengah 2007. Karnival Timur Tengah yang dijalankan selama dua hari ini akan diadakan di Dewan CICC bersebelahan dengan Makam Presiden Sadat, Hayyu Sadis Madinat Nasr, Kaherah. Dianggarkan sebanyak 40 buah syarikat dari Malaysia akan turut menyertai karnival tersebut. Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan serta menyampaikan ucapan dalam majlis itu.

Pengakuan Dato' Pa

Setelah melihat tentatif program tersebut, ada satu pengisian akan diisi oleh orang Kelantan yang jadi Menteri. Beliau adalah YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi. Beliau, yang juga Ahli Parlimen Jeli & Adun Ayer Lanas, kini menjadi sebutan rakyat Kelantan berikutan satu pengakuan beliau semasa Persidangan Kali ketiga Bagi Tempoh Penggal Keempat Dun Kelantan Yang ke Sebelas baru-baru ini. Berikut adalah pengakuan beliau: "Saya nak mengakui hari ini satu masa dahulu, puak-puak kita ni adalah sedikit sebanyak situ sekat sana sekat. Itu hakikat. Saya mengaku ... salah, kita royak salah, ada sedikit sebanyak...saya mengaku, saya mengaku". Rupa-rupanya, kerja Menteri Pengajian Tinggi yang selama ini dok sekat bantuan untuk rakyat Kelantan. Sekarang datang ke Mesir untuk menyampaikan ucapan di depan para mahasiswa. Janganlah pulak buat pengakuan saya lah yang menghalang demokrasi pilihanraya unitversiti tempatan!

Mansuhkan ISA

Sebelum terlupa, esok saya tak dapat hadir. Ketidakhadiran saya bukan kerana saya antiLah tetapi kerana sebab-sebab lain. Saya ucapkan selamat datang kepada PM. Sempena kedatangan tersebut saya ada sedikit permintaan dan oleh-oleh dari Mesir. Tak banyak. 2 je:

1)Bebaskan semua tahanan ISA. Sekiranya bersalah, bicarakan mereka di mahkamah terbuka. Selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), saya minta PM bebaskan atau bicarakan mereka. Tempoh penahanan bergantung kepada tandatangan Menteri KDN. Kasihanilah isteri2 dan anak2 mereka.

2)Sila daratkan gas yang ditemui di Pantai Senok, Bachok di Kelantan. Sekarang gas tersebut didaratkan di Thailand. Jangan nafikan dan zalimi hak rakyat Kelantan.

Akhirnya, selamat berkarnival kepada semua!

Rabu, November 21, 2007

Pemberitahuan

Walaupun blog ini telah dilancar dan dirasmikan (tiada gimik perasmian) pada 3/7/2007 yang lalu, namun masih banyak aksesori & infrastruktur yang perlu dibina bagi pembangunan & kemajuan 'lot maya' ini. Sementara menanti siap sepenuhnya operasi naik taraf, saya akan mengisi ruang-ruang kosong dengan beberapa bahan-bahan lama (catatan lama). Kebanyakan bahan-bahan tersebut, saya tauzi' ke egroups Dpmm (eDpmm) sebelum ini.

Oleh itu, dalam fatrah sekarang saya akan tumpukan kepada kerja-kerja memindah kembali e-mel-emel yang pernah saya kirim di beberapa destinasi khususnya eDpmm ke alam maya yang baru (blog). Saya kekalkan bahan-bahan itu dalam versi asal (uslub e-mel) kecuali sedikit sahaja yang akan diubahsuai. Pun begitu, sekiranya ada kelapangan, idea dan kerajinan, saya akan menyelitkan catatan-catatan baru untuk hidangan para pengunjung!

Pengarah Baru JPMK

Selamat Bertugas!

Pertengahan bulan ini, jawatan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (Jpmk) telah diisi oleh 'orang baru'. Dengan demikian, Jpmk akan diterajui oleh kepemimpinan baru. Pengarah Jpmk ke (?) sejak kewujudan Jpmk pada tahun 1980

Era millenium

Prof. Madya Dr. Jamil b. Hashim adalah pengarah baru. Beliau merupakan pengarah yang ke-3 di era millenium. Bermula dengan Allahyarham Ustaz Wan Bakar Wan Dagang kemudian Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan sekarang Dr. Jamil b. Hashim. Saya tidak pernah berurusan dengan kedua-dua pengarah sebelum ini. Bertegur pun tidak. Cuma sering bertentangan mata ketika menghadiri program-program anjuran persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Saya mengenali budaya kerja dan fikrah kedua-dua pengarah tersebut lewat ucapan-ucapan dan tindakan @peraturan yang dibuat serta tulisan-tulisan dalam media khususnya Allahyarham Ustaz Wan Bakar dalam buletin Jpmk yang diterbitkan pada zaman beliau.

Kenal pasti

Ketika catatan ini ditulis, sudah masuk hari ke-6 pengarah baru berada di bumi Mesir. Saya rasa beliau masih dalam proses menyersuaikan diri dengan jawatan baru. Seperti seorang jurulatih bola sepak baru yang belum pernah melatih mana-mana pasukan, sudah tentu akan mengambil masa untuk mengenali keseluruhan pasukan yang akan dilatihnya. Dia akan menilai posisi mana yang lemah, pemain mana yang perlu didrop, pemain muda mana yang perlu dinaikkan pangkat (masuk team senior) dan pemain import mana & dari negara mana yang perlu dibeli.

Harapan

Begitulah keadaanya dengan pengarah baru. Beliau mungkin ada wawasan, strategi dan perancangan sendiri bila mengeduduki 'kerusi' yang agak 'panas' ini. Urusan perlantikan dan pemecatan jawatan-jawatan di Jpmk mungkin bukan bidang tugas beliau. Hatta beliau sendiri pun dilantik. Tetpi urusan seperti memantau gerak kerja kakitangan Jpmk serta memberi tunjuk ajar adalah tugas beliau. Antara lain tugas yang perlu pengarah baru dan Jpmk sendiri buat ialah, menyalurkan kebajikan kepada semua mahasiswa. Budaya kerja yang baik perlu dipertingkatkan kerana ia juga satu kebajikan kepada mahasiswa bila mana berurusan di Jpmk.

Selain itu, kebajikan berbentuk kewangan juga perlu diberi kepada semua mahasiswa yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik. Tetapi peruntukkan kewangan kepada persatuan hanya perlu diberi kepada Pmram sebab Pmram adalah persatuan induk dan pulak tu, berdaftar dengan kerajaan Mesir. Tidak pada Nadi Umno sebab itu pertubuhan politik. Tidak adil rasanya mengugut mahasiswa tidak boleh berpolitik. Jadi untuk nampak adil, saya pun ingin mengatakan, pegawai kerajaan juga tidak boleh berpolitik!.

Semoga pengarah baru diberi kekuatan untuk menerajui Jpmk kali ini. Dengan kelulusan, (B.A) di Universiti Malaya, Ijazah Sarjana (M.A) di Fakulti Ilmu Wahyu, Jabatan Dakwah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Doktor Falsafah (ph.d) di Darul Ulum, Kaherah, diharapkan pengarah mampu untuk menerapkan budaya kerja yang baik dalam Jpmk. Ketepikan mana-mana permintaan atau arahan 'orang politik. Sebelum terlambat saya ucapkan, selamat datang ke bumi anbiya' dan selamat bertugas!

Unit Sambutan Mahasiswa Baru

Unit sambutan mahsiswa baru merupakan satu jawatankuasa khas yang ditubuhan untuk memberi khidmat bakti kepada mereka-mereka yang baru sampai di bumi Ardul Kinanah. Kalau dikecilkan skop, unit ini berperanan sebagai penyambut tetamu (mahasiswa baru), urusan pentauzi'kan beg & barang (termasuk pemilik beg sekali) dan mencari rumah. Bila mana semuanya selesai (biasa ada masalah yang berbaki), jawatankuasa pada tahun tersebut dibubarkan (akan tubuh jawatankuasa yang baru setiap tahun) dan segala masalah yang masih berbaki akan diuruskan oleh unit-unit Dpmm.

Nama baru

Sebelum ini, dikenali sebagai Unit Sambutan Pelajar Baru (Uspb). Tetapi pada tahun 2005 (saya agak je), ditukar menjadi Unit Sambutan Mahasiswa Baru (Usmb). Penukaran dibuat kerana mutakhir ini, kehadiran ke al-Azhar bukan sahaja terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan Stam, tetapi sebahagian besar adalah mahasiswa-mahasiswa muadalah lepasan ipta/ipts tempatan. Satu lagi, kerana 'orang baru' yang mendaftarkan diri di Universiti al-Azhar akan dipanggil mahasiswa!.

Usmb Mansurah

Pada tahun ini, pihak Usmb Mansurah telah menerima 4 rombongan iaitu Kuliah Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Ma'ahad Qiraat (hafizah), Kuliah Pengajian Islam Universiti al-Azhar lulusan Stam, Kuliah Pengajian Islam Universiti al-Azhar lulusan Muadalah dan Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah.