Ahad, November 25, 2007

Karnival Timur Tengah 2007

Esok, (Isnin, 26 November 2007) akan berlangsung Pameran Kerjaya & Ucapan Perdana sempena Karnival Timur Tengah 2007. Karnival Timur Tengah yang dijalankan selama dua hari ini akan diadakan di Dewan CICC bersebelahan dengan Makam Presiden Sadat, Hayyu Sadis Madinat Nasr, Kaherah. Dianggarkan sebanyak 40 buah syarikat dari Malaysia akan turut menyertai karnival tersebut. Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan serta menyampaikan ucapan dalam majlis itu.

Pengakuan Dato' Pa

Setelah melihat tentatif program tersebut, ada satu pengisian akan diisi oleh orang Kelantan yang jadi Menteri. Beliau adalah YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi. Beliau, yang juga Ahli Parlimen Jeli & Adun Ayer Lanas, kini menjadi sebutan rakyat Kelantan berikutan satu pengakuan beliau semasa Persidangan Kali ketiga Bagi Tempoh Penggal Keempat Dun Kelantan Yang ke Sebelas baru-baru ini. Berikut adalah pengakuan beliau: "Saya nak mengakui hari ini satu masa dahulu, puak-puak kita ni adalah sedikit sebanyak situ sekat sana sekat. Itu hakikat. Saya mengaku ... salah, kita royak salah, ada sedikit sebanyak...saya mengaku, saya mengaku". Rupa-rupanya, kerja Menteri Pengajian Tinggi yang selama ini dok sekat bantuan untuk rakyat Kelantan. Sekarang datang ke Mesir untuk menyampaikan ucapan di depan para mahasiswa. Janganlah pulak buat pengakuan saya lah yang menghalang demokrasi pilihanraya unitversiti tempatan!

Mansuhkan ISA

Sebelum terlupa, esok saya tak dapat hadir. Ketidakhadiran saya bukan kerana saya antiLah tetapi kerana sebab-sebab lain. Saya ucapkan selamat datang kepada PM. Sempena kedatangan tersebut saya ada sedikit permintaan dan oleh-oleh dari Mesir. Tak banyak. 2 je:

1)Bebaskan semua tahanan ISA. Sekiranya bersalah, bicarakan mereka di mahkamah terbuka. Selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), saya minta PM bebaskan atau bicarakan mereka. Tempoh penahanan bergantung kepada tandatangan Menteri KDN. Kasihanilah isteri2 dan anak2 mereka.

2)Sila daratkan gas yang ditemui di Pantai Senok, Bachok di Kelantan. Sekarang gas tersebut didaratkan di Thailand. Jangan nafikan dan zalimi hak rakyat Kelantan.

Akhirnya, selamat berkarnival kepada semua!

Tiada ulasan: