Khamis, Disember 06, 2007

Khutbah Jumaat*

Pada hari yang mulia ini, saya ingin menyampaikan pesanan penuh pengertian laungan sepanjang zaman marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benarnya dan sering membuat penelitian dengan sentiasa membanci mutu dan piawaianya agar dengan usaha itu mampu meletakkan taraf perhambaan yang sebenarnya kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada dengan sebenar-benar takwa. Dan jangan kamu mati melainkan kamu seorang muslim."

Kaum muslimn yang dimuliakan,

Ummah pada hari ini hakikatnya sedang dillanda arus yang cukup hebat sehingga menjadikan mereka begitu leka dan enak dibuai gelombang. Dengan erti kata yang lain, minda mereka sudah sekian lama lesu dan tidak bermaya. Kelesuan ini adalah hasil daripada kelemahan iman dan perancangan yang rapi lagi tersusun oleh musuh Islam melalui pelbagai saluran sama ada berbentuk media atau sebagainya. Natijah daripada kelesuan ini, maka ummah akan hilang rasa sensitifnya pada agama, ummah hilang rasa kecintaan yang menebal pada Allah dan rasul-Nya yang merupakan kunci utama kekuatan dan kekebalan Islam itu sendiri.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

Firman Allah yang bermaksud "Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukminin. Tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui" (al-munafikun:8). Kalau kita merenungi ayat 8 daripada surah al-munafikun yang saya baca sebentar tadi dengan sedalam- dalamnya, kita akan mengerti bahawa kekuatan ummah ini adalah terletak pada iman yang ada di dalam hati mereka dan bukannnya terletak kepada jumlah mereka, pangkat serta harta benda mereka. Aspek keimanan inilah yanag akan menjadi dasar & pasak bagi projek mega pembinaa ummah. Sekiranya pasak dan dasarnya tidak kukuh, maka akan goyanglah binaan. Tidak mustahil ia akan roboh berkecai. Maka, individu-individu di dalam komuniti ini adalah umpama batu-bata yang membentuk binaan mega Islam bersama bahan-bahan lain bagi menyempurkan binaan ini.

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Kita berdoa kepada Allah agar kekuatan ummah yang kita cita-citakan insya-Allah akan dapat dilaksanakan yang terasnya iman dan takwa, kerana Allah berjanji dalam surah al-a'raf ayat 96 yang bermaksud "Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami yakni Allah akan membukakan kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi."

Sebaliknya, jika akidah dan syariat Islam dipesongkan seperti pendekatan yang digunakan oleh gerakan-gerakan Islam liberal dan lain-lain, nescaya akan menghancurkan perpaduan ummah

sumber :
-Koleksi teks khutbah Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
-Internet

* Sedutan dan ringkasan daripada teks asal yang telah 'dikhutbahkan' dalam pertandingan pidato & khutbah anjuran Unit Madrasah Duat (UMAD) DPMM, 20072008

Tiada ulasan: