Rabu, November 21, 2007

Pengarah Baru JPMK

Selamat Bertugas!

Pertengahan bulan ini, jawatan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (Jpmk) telah diisi oleh 'orang baru'. Dengan demikian, Jpmk akan diterajui oleh kepemimpinan baru. Pengarah Jpmk ke (?) sejak kewujudan Jpmk pada tahun 1980

Era millenium

Prof. Madya Dr. Jamil b. Hashim adalah pengarah baru. Beliau merupakan pengarah yang ke-3 di era millenium. Bermula dengan Allahyarham Ustaz Wan Bakar Wan Dagang kemudian Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan sekarang Dr. Jamil b. Hashim. Saya tidak pernah berurusan dengan kedua-dua pengarah sebelum ini. Bertegur pun tidak. Cuma sering bertentangan mata ketika menghadiri program-program anjuran persatuan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Saya mengenali budaya kerja dan fikrah kedua-dua pengarah tersebut lewat ucapan-ucapan dan tindakan @peraturan yang dibuat serta tulisan-tulisan dalam media khususnya Allahyarham Ustaz Wan Bakar dalam buletin Jpmk yang diterbitkan pada zaman beliau.

Kenal pasti

Ketika catatan ini ditulis, sudah masuk hari ke-6 pengarah baru berada di bumi Mesir. Saya rasa beliau masih dalam proses menyersuaikan diri dengan jawatan baru. Seperti seorang jurulatih bola sepak baru yang belum pernah melatih mana-mana pasukan, sudah tentu akan mengambil masa untuk mengenali keseluruhan pasukan yang akan dilatihnya. Dia akan menilai posisi mana yang lemah, pemain mana yang perlu didrop, pemain muda mana yang perlu dinaikkan pangkat (masuk team senior) dan pemain import mana & dari negara mana yang perlu dibeli.

Harapan

Begitulah keadaanya dengan pengarah baru. Beliau mungkin ada wawasan, strategi dan perancangan sendiri bila mengeduduki 'kerusi' yang agak 'panas' ini. Urusan perlantikan dan pemecatan jawatan-jawatan di Jpmk mungkin bukan bidang tugas beliau. Hatta beliau sendiri pun dilantik. Tetpi urusan seperti memantau gerak kerja kakitangan Jpmk serta memberi tunjuk ajar adalah tugas beliau. Antara lain tugas yang perlu pengarah baru dan Jpmk sendiri buat ialah, menyalurkan kebajikan kepada semua mahasiswa. Budaya kerja yang baik perlu dipertingkatkan kerana ia juga satu kebajikan kepada mahasiswa bila mana berurusan di Jpmk.

Selain itu, kebajikan berbentuk kewangan juga perlu diberi kepada semua mahasiswa yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik. Tetapi peruntukkan kewangan kepada persatuan hanya perlu diberi kepada Pmram sebab Pmram adalah persatuan induk dan pulak tu, berdaftar dengan kerajaan Mesir. Tidak pada Nadi Umno sebab itu pertubuhan politik. Tidak adil rasanya mengugut mahasiswa tidak boleh berpolitik. Jadi untuk nampak adil, saya pun ingin mengatakan, pegawai kerajaan juga tidak boleh berpolitik!.

Semoga pengarah baru diberi kekuatan untuk menerajui Jpmk kali ini. Dengan kelulusan, (B.A) di Universiti Malaya, Ijazah Sarjana (M.A) di Fakulti Ilmu Wahyu, Jabatan Dakwah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Doktor Falsafah (ph.d) di Darul Ulum, Kaherah, diharapkan pengarah mampu untuk menerapkan budaya kerja yang baik dalam Jpmk. Ketepikan mana-mana permintaan atau arahan 'orang politik. Sebelum terlambat saya ucapkan, selamat datang ke bumi anbiya' dan selamat bertugas!

Tiada ulasan: