Rabu, November 28, 2007

Memorandum Pmram

Siri 1
Isu seputar mahasiswa

Terbaru dalam web PMRAM (http://www.pmram.org/) disiarkan kandungan penuh memorandum yang telah disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan kedatangan beliau ke Mesir untuk merasmikan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007. Sebanyak 8 isu telah dimuatkan dalam memorandum tersebut. Kesemua isu yang disampaikan cukup relevan. Diharapkan ada respon dan perhatian daripada kerajaan terhadap memorandum itu. Ada beberapa isu yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian.

Isu Pengajian Mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar.

1) Tahdid Mustawa

Salah satu point yang disentuh dalam isu ini ialah berkenaan dengan tahdid mustawa. Kalau tidak salah ingatan saya, ada beberapa perbincangan (permintaan?) antara seorang pentadbir tertinggi satu institusi muadalah dari Malaysia dengan al-Azhar. Diringkaskan cerita, pihak al-Azhar menyangka semua institusi muadalah mahukan satu peperiksaan untuk menilai tahap kemampuan bahasa arab (khususnya) pemohon sebelum ditentukan rangking yang sesuai. Saya tidak pasti, sama ada 'orang' itu memang minta al-azhar sediakan modul peperiksaan (tahdid mustawa) kepada semua lepasan institusi berkembar ataupun al-Azhar yang terkeliru hasil perbincangan tersebut. Sekali lagi, saya tidak pasti 'cerita' ini betul atau tidak. Ini bukan tuduhan kepada sesiapa. Kalau silap boleh diperbetulkan. Saya bersetuju agar sistem ini dikaji semula & dibincangkan kembali oleh pihak atasan kedua-dua belah pihak.

2) Visa

Item kedua di bawah isu yang pertama berkaitan dengan visa. Sebelum ini tidak ada masalah untuk perbaharui visa. Dalam masa beberapa jam sahaja semua urusan selesai di pejabat imegresen itu juga. Tetapi, bermula tahun ini, ada sedikit perubahan prosedur untuk pembaharuan visa khususnya di Muhafazah. Walau bagaimanapun, pertengahan tahun (sekitar bulan9) ini, ada sedikit kelonggaran. Pemohon sudah tidak perlu berjumpa dengan amnu daulah lagi. Tetapi, tempoh siap visa masih sama. Lebih kurang sebulan atau lebih. Saya sendiri sudah 2 kali ke pejabat imegresen. Kali pertama proses isi dan hantar borang. Kali kedua sebulan selepas itu (kakitangan yang bertugas suruh datang sebulan selepas itu). Pun begitu, visa saya masih belum siap. 'Dia' arah agar saya datang lagi sepuluh hari selepas itu. Sampai sekarang saya belum pergi. Dengan memorandun itu, diharapkan mendapat respon segera dari Wisma Putra.

3) Muqayad

Sudah lama saya fikirkan masalah ini. 'Apa kes' sebenarnya nama pemohon lambat 'naik'. Sekadar andaian, mungkin disebabkan pengurusan dari Malaysia @ pengursan di Jpmk @ sistem pentadbiran dan pengurusan al-Azhar itu sendiri. Semoga kerajaan Malaysia (Kementerian yang terbabit) dapat berbuat sesuatu agar kemelut yang menghantui siswa baru setiap tahun dapat diatasi.

Sebagai persatuan kebajikan, usaha yang dilakukan oleh PMRAM seharusnya mendapat pujian. Dengan bidang kuasa yang terhad, PMRAM berusaha untuk memberi kesenangan & keselesaan kepada semua mahasiswa yang ada di sini. Menjadi penghubung antara al-Azhar sudah. Menjadi perantara dengan amnu daulah pun sudah. Kini menjadi penyampai (memorandum) kepada kerajaan Malaysia pula! Bersambung...

Tiada ulasan: