Khamis, Disember 06, 2007

Khutbah Jumaat*

Pada hari yang mulia ini, saya ingin menyampaikan pesanan penuh pengertian laungan sepanjang zaman marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benarnya dan sering membuat penelitian dengan sentiasa membanci mutu dan piawaianya agar dengan usaha itu mampu meletakkan taraf perhambaan yang sebenarnya kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada dengan sebenar-benar takwa. Dan jangan kamu mati melainkan kamu seorang muslim."

Kaum muslimn yang dimuliakan,

Ummah pada hari ini hakikatnya sedang dillanda arus yang cukup hebat sehingga menjadikan mereka begitu leka dan enak dibuai gelombang. Dengan erti kata yang lain, minda mereka sudah sekian lama lesu dan tidak bermaya. Kelesuan ini adalah hasil daripada kelemahan iman dan perancangan yang rapi lagi tersusun oleh musuh Islam melalui pelbagai saluran sama ada berbentuk media atau sebagainya. Natijah daripada kelesuan ini, maka ummah akan hilang rasa sensitifnya pada agama, ummah hilang rasa kecintaan yang menebal pada Allah dan rasul-Nya yang merupakan kunci utama kekuatan dan kekebalan Islam itu sendiri.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

Firman Allah yang bermaksud "Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukminin. Tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui" (al-munafikun:8). Kalau kita merenungi ayat 8 daripada surah al-munafikun yang saya baca sebentar tadi dengan sedalam- dalamnya, kita akan mengerti bahawa kekuatan ummah ini adalah terletak pada iman yang ada di dalam hati mereka dan bukannnya terletak kepada jumlah mereka, pangkat serta harta benda mereka. Aspek keimanan inilah yanag akan menjadi dasar & pasak bagi projek mega pembinaa ummah. Sekiranya pasak dan dasarnya tidak kukuh, maka akan goyanglah binaan. Tidak mustahil ia akan roboh berkecai. Maka, individu-individu di dalam komuniti ini adalah umpama batu-bata yang membentuk binaan mega Islam bersama bahan-bahan lain bagi menyempurkan binaan ini.

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Kita berdoa kepada Allah agar kekuatan ummah yang kita cita-citakan insya-Allah akan dapat dilaksanakan yang terasnya iman dan takwa, kerana Allah berjanji dalam surah al-a'raf ayat 96 yang bermaksud "Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami yakni Allah akan membukakan kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi."

Sebaliknya, jika akidah dan syariat Islam dipesongkan seperti pendekatan yang digunakan oleh gerakan-gerakan Islam liberal dan lain-lain, nescaya akan menghancurkan perpaduan ummah

sumber :
-Koleksi teks khutbah Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
-Internet

* Sedutan dan ringkasan daripada teks asal yang telah 'dikhutbahkan' dalam pertandingan pidato & khutbah anjuran Unit Madrasah Duat (UMAD) DPMM, 20072008

Sabtu, Disember 01, 2007

Memorandum PMRAM

Siri 2 (akhir)

Pada hari kedua karnival, saya ada bersembang dengan seorang kawan di shoutbox, web Dpmm. Dia mengatakan bahawa "PM baru sahaja sampai dan sekarang sedang ditemuramah oleh wartawan". Ini bermakna, PM hadir ke program tak sampai 2 hari. Mungkin PM hanya datang untuk merasmikan program atau sekadar menjadi ketua rombongan membawa bersama 40 syarikat dari Malaysia serta beberapa orang menteri. Salah seorang menteri yang turut serta adalah menteri yang diwawancara melalui telefon oeh stesen tv al-Jazeera berhubung demonstrasi aman anjuran BERSIH baru-baru ini.

Walaupun kedatangan PM tak sampai 2 hari, namun ada 'barang' berharga yang dibawa pulang ke Malaysia iaitu memorandum PMRAM. Kredit harus diberikan kepada PMRAM kerana 'pandai'mengambil peluang dan kesempatan dengan kedatangan PM. Oleh kerana PM bukan lulusan al-Azhar, saya rasa beliau kurang tahu tentang PMRAM. Walaupun beliau seorang PM, tetapi sekiranya tidak pernah diberitahu oeh 'penasihat' atau orang disekeliling beliau, ditambah pula kalau PM sendiri tak pernah ambil tahu sirah perjuangan PMRAM, maka PM takakan tahu.

Kronologi & bekas Ydp PMRAM

Seeloknya dimasukkan kronologi PMRAM dalam memorandum. Walaupun sudah diceritakan sejaraha arma, tetapi ia hanya sebahaghian kecil sahaja dari keseluruhan perjalanan hidup PMRAM. Lebih cantik lagi, disertakan bersama dalam memorandum itu nama-nama Ydp/Presiden PMRAM sejak awal penubuhan. Bukan apa, takut PM terlupa bahawa Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu, Ustaz Ismail Halim, bekas Pengarah KUSZA dan ramai lagi yang menjadi 'orang kerajaan' selepas itu pernah menjadi Ydp PMRAM. Kalau orang buat tohmahan pada PMRAM lagi, sekurang-kurangnya PM tahu nak rujuk @ tanya siapa.

Pembelian apartmen

Selain itu, saya berpandangan bahawa PMRAM perlu tambah satu lagi item berkenaan pembelian apartmen. Kemungkinan ada sedikit persamaan tuntutan anjung arma (pejabat PMRAM) dalam memorandum dengan apartmen (sudah tentu termasuk pejabat). Namun, sekiranya disertakan relevan terhadap pembelian apartmen, saya rasa PM boleh menilai & membezakan antara arma & apatmen.

Sesuai dengan kehadiran 40 syarikat dari Malaysia, sepatutnya PMRAM (mungkin sudah buat) menyerakan memorandum (baca:Proposal Pemilikan Apartmen PMRAM ) kepada mereka. Dimurahkan rezaki dapat hasil. Takde rezeki, paling tidak kita sudah sebarkan kepada 'orang Malaysia' tentang PMRAM yang sebenar.

Misi 2057

Penutup memorandum ditulis tentang wawasan 2020. Saya tersenyum membacanya. Saya risau PM terasa @ marah sebab wawasan 2020 adalah ciptaan PM sebelum ini. PM baru sahaja melancarkan wawasan baru iaitu misi 2057. Untuk mujamalah, PMRAM patut tulis misi 2057 dalam memorandum tersebut.

Terkini: 1) Saya baru sahaja baca dalam tranungkite bahawa memorandum disampaikan kepada PM melalu YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggii . Diharapkan, memorandum itu sampai ke tangan PM dan didoakan PM ada masa untuk membacanya. Kalau tiada masa atau penat boleh minta 'menantu' tolong bacakan!

2)Dalam berita harian, PM baru sahaja pulang dari lawatan ke Uganda dan Mesir. Kedatangan PM ke Mesir mungkin selepas Uganda. Menteri-menteri lain saya tak tahu termasuk menteri yang datang bersama dengan artis!