Ahad, Mac 16, 2008

Catatan lama


Perwakilan terbaik kali ke 72


Semalam dalam perjalanan pulang ke Mansurah, saya menerima beberapa sistem pesanan ringkas ( SMS ). Sms pertama datangnya daripada 'burhanuddin 09' bertanyakan perjalanan muktamar, BP kekal dan ahli Mansurah yang jadi BP tahun ini. Saya belum membalas 'emelnya' kerana kehabisan kredit. Lagipun saya akan hantar emel kepada beliau atau mungkin beliau boleh ikuti perkembangan tersebut melalui emel ini atau melalui pentas-pentas lain di alam maya (e-dpmm). Terima kasih kepada 'Ustaz Jenjarum' kerana masih mengambil berat dan sentiasa mengikuti perkembangan PMRAM dan DPMM.

Manakala sms kedua datangnya daripada seoarang ustazah Mansurah. Beliau mengucapkan mabruk dan syabas kepada perwakilan ikhwah kerana memenangi anugerah perwakilan terbaik sempena Muktamar PMRAM kali ke 72. Katanya, perwakilan tahun ini, mantap, bertenaga dan aktif. Terima kasih atas penghargaan tersebut. Menurut Ketua Unit Disiplin Muktamar, beberapa kriteria telah ditetapkan untuk memenangi anugerah perwakilan terbaik. Antaranya pendaftaran, pakaian, disiplin dan keaktifan bercakap. Boleh jadi, perwakilan Mansurah sesi ini dapat memenuhi semua kriteria yang telah digariskan. Mabruk sekali lagi kepada 27 perwakilan dan seorang pemerhati yang hadir ke Muktamar semalam.

Walau bagaimanapun, hasrat untuk menyapu bersih kemenangan belum berjaya. Ramai yang menjangkakan perwakilan akhawat Mansurah akan turut memenangi anugerah perwakilan terbaik selepas melihat keakftifan pada kali ini. Tetapi akhirnya akur dengan keputusan yang diterima. Dalam sms yang sama, ustazah tersebut memberitahu, soal menang kalah bukan tujuan kehadiran ke muktamar. Tetapi yang penting kita dapat bersama-sama dengan PMRAM untuk bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan yang ada. Kehadiran ini juga menunjukkan sokongan dan kebersamaan kita kepada PMRAM katanya lagi. Sejujurnya, penglibatan perwakilan akhawat Mansurah semalam boleh dipuji. Ada peningkatan dan perkembangan yang baik samada ketika bertanya, membahas dan memberi cadangan. Juga pandai bermain dengan kata-kata, pandai menghidupkan suasana ketika bercakap dan yang penting lagi kerana berani untuk bersuara. Kepada srikandi Mansurah, syabas kerana menampilkan kelainan pada kali ini.

Sebelum berundur, mabruk diucapkan kepada Ustazah Siti Saleha Ismail ( Selangor/ Mansurah ), Ustazah Nor Suhaila Ahmad ( Selangor/Mansurah ) dan Ustazah NurulHana Abdullah ( Perlis/Mansurah ) kerana telah memenangi ( menang tanpa bertanding ) kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM 2005. Selamat menjalankan tugas.

*catatan ini pernah dihantar ke egroup DPMM (eDpmm) pada 23.3.2005.
*burhanudin 09/jenjarum adalah identiti seorang ahli dpmm ketika muncul dalam eDpmm. Dalam blog rasmi dpmm, beliau dikenali dengan nama 'nahnu'
*Selamat bermuktamar kali ke 75 hari rabu ini kepada semua.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, salam ziarah. ada kompius sket la.. part cite muktamar ni, utk thn bilenye? kalau kata utk muktamar kali thn ini, bukan itu senarai HEWInya kan :> -sekadar bertanya.. huhu..

Tanpa Nama berkata...

catatan lama tu kak chik. Muktamar tahun 2005 punya. Try kak chik baca sekali lagi. Pasti hilang 'kompius':)