Kempen boikot akhbar
Petang semalam, saya ada bersembang dengan seorang kawan atas talian. Seorang 'akhawat'. Katanya, dia telah boikot baca akhbar arus perdana bermula 9hb baru-baru ini. Sejujurnya, saya sendiri, sejak akhir2 ini semacam ada rasa satu perasaan pelik. Saya rasa 'loya' bila membelek utusan meloya online. berita hairan online, harian metro online. Nasib baik ketiga2 akhbar atas talian itu, ada berita sukan. Terpaksa juga saya membukanya. Itupun, cepat2 saya klik ruangan sukan tanpa berlama-lamaan di halaman utama. Kalau tak kerana berita sukan, sudah lama saya lupa dengan address/url akhbar tersebut.
Bahan bacaan seperti akhbar boleh menjajah / mempengaruhi pemikiran seseorang. Saya pernah rasainya. Di awal akil baligh (tahun 1990) sebelum dan selepas PAS menang di Kelantan, 'akidah' saya sering terjejas setiap kali membaca akhbar utusan. Jadi, saya tak pelik kiranya, ramai yang terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan olek saki baki anak didikan British yang menjajah Tanah Melayu dahulu. Lebih2 lagi, jenis yang tidak membaca, mendengar, memerhati sumber2 lain. Maka lagi senanglah terpengaruh. Banyak fakta dan cerita yang tidak betul / tepat yang sering disiarkan akhbar milik kerajaan pemerintah. Kalau kita tak dengar dari mulut tuan yang mengeluarkan kenyataan / baca dari sumber-sumber yang lain, maka akidah kitapun turut sama dengan akhbar tersebut.
Bila sebut pasal boikot, saya teringat ketika zaman reformasi tahun 99. Kemuncak kemarahan, kebencian dan 'kemeluatan' rakyat terhadap akhbar (termasuk berita tv), dilancarkan kempen boikot beberapa akhbar. Sebagai gimik / tanda protes dan kempen itu, dilancarkan t-shirt khusus dan aktiviti bakar akhbar. Pada tahun itu, saya masih berada di Kusza. Di tahun2 akhir. Saya berpakat dengan seorang kawan 'satu kepala' dengan saya untuk turut membakar sama akhabar di beberapa loksai utama kolej itu. Sudah sampai ke tahap merancang, berkumpul, mengumpul akhabar. Pun begitu, saya ingat2 lupa kesudahan perancangan nakal kami berdua sama ada berjaya atau tidak:) Teruskan boikot kepada mereka yang mampu. Kalau tak mampu, kena rajin-rajin baca bahan bacaan alternatif supaya kita tidak terus ditipu oleh barang naik (BN)!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan