Jumaat, Februari 22, 2008

Kempen

Calon DUN Jabal Hadid

Saya mula mengenali orang Terenganu pada tahun 1996.Ia bermula ketika Wan Mohd Nor, orang dari Ajil, Kuala Berang datang menyambung pengajian ke Ma'ahad Muhammadi Lelaki (MML), Kota Bharu. Walaupun ada beberapa orang Terengganu lain yang sekelas dengan saya ketika itu, tapi tidak disedari dan terasa mana kerana yang lain bermula dari tingkatan 'peralihan' (sekarang dah hazaf). Tetapi kawan saya dari Ajil ini, hanya tiba ketika mana kami semua berada di tingkatan 6. Dia hanya datang untuk mengambil peperiksaan SPM sahaja. Pulak tu, kali pertama dia masuk kelas, ketika seorang guru tengah mengajar. Siap ada sesi memperkenalkan diri lagi.

Bilamana saya meneruskan pengajian di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin pada tahun 1997, maka rakan Terengganu saya bertambah. Salah seorang dari ramai-ramai 'orang ganu' yang berkawan dengan saya ialah Nordin Othman. Walaupun berlainan syukbah, tetapi boleh dikatakan baik juga hubungan saya dengan dia. Banyak masa kami bersama. Ketika saya memimpin persatuan syukbah, dia pula merupakan Pengerusi (saya lupa nama jawatan yang betul) Persatuan Pengajian Islam Kusza. Sudah tentu syukbah saya bernaung di bawahnya. Jadi, dapat lah saya mengenali corak kepimpinan dia. Selain itu, 'kawang ganung' saya ini, selalu lepak di bilik saya (antara bilik utama skuad lepak) dan saya juga selalu bertandang ke biliknya. Dalam banyak-banyak sifat baik, dia selalu solat berjemaah di surau kolej. Hatta solat subuh berjemaah pun, hampir2 penuh dari segi kedatangannya.

Hubungan yang terjalin itu semakin kukuh, bilamana saya dan dia (semuanya 4 orang) menjalani latihan praktikal (diwajiban kepada semua siswa/wi tahun akhir samaada di jabatan2 agama @ penjara) bersama-sama di Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Dialah wakil 'ustaz' kami bertiga. Pun begitu, saya tiada pengalaman dengan dia ketika 'mengajar' banduan kerana saya berpasangan dengan kawan yang satu lagi. Seperti mana ketika di Kusza, begitu jugalah ketika 'menetap' hampir sebulan d rumah tetamu, penjara tersebut. Hampir setiap hari dia solat subuh berjemaah. Kadang2 dia ajak saya untuk jadi tok bilal. Tapi yang banyaknya, dia tok bilal, tok imam dan tok makmun. Dia cukup mementingkan solat berjemaah.

Dia merupakan lepasan universiti al-Azhar cawangan syibin el-Kom (tafsir). Sebaik pulang ke Malaysia, dia telah berkahwin dengan gadis pilihannya (kakak saufi hasyim, mantan presiden Pmram). 2 hari yang lepas, ketika Pesuruhjaya PAS Terengganu mengisytiharkankan calon2 pas (secara live di TvPas), yang akan bertanding, salah seorangnya adalah kawan saya. Nordin Othman. Saya yakin dengan peribadi yang mantap serta pengalaman yang dimiliki, beliau layak dan mampu untuk memasukki Wisma Darul Iman selepas ini. Beliau akan bertanding di kerusi Bukit Besi, parlimen Dungun. Tiba-tiba saya teringat dengan 'nickname'nya, jabal hadid (bukit besi). Saya perlu buka YM sekarang dan ucap selamat berjuang.

Tiada ulasan: