Khamis, Februari 21, 2008

Piala Presiden 08

Badi suku akhir

Hasrat Sri Putera FC (Mansurah) untuk melakar kejutan dalam kejohanan berprestij, Piala Presiden edisi 2008 tidak kesampaian. Kemenangan bergaya peringkat kumpulan tidak dapat diteruskan. Sekali lagi, Sri Putera 'tersangkut' disaingan suku akhir. Kali ini di tangan 'rakan semuhafazah', Dumyat. Walaupun di atas kertas, kelihatan tiada masalah besar untuk skuad kendalian Mohd Fikri, 'meratah' dumyat, tetapi berlainan pula jadinya bilamana di atas padang. Barisan penggempur Sri Putera tidak berjaya untuk merobek barisan pertahanan pasukan lawan.

Sri Putera menggunakan formasi 3-1-3-1 apabila membariskan Syauqi selaku penjaga gol, sambil Syamil bertindak sebagai pertahanan tengah. Daeng pertahanan kanan manakala kapten pasukan, Fadli bertindak selaku pertahanan kiri. Aiman selaku defensive midfielder manakala Akhimullah bertindak sebagai attacking midfielder. Saiful Islam dan Arif masing-masing mengisi posisi sayap kanan dan kiri. Faisal kekal selaku penggempur utama. Bermain dihadapan kira-kira 20 ribu penonton, Sri Putera membuat asakan awal ke kubu Dumyat, namun mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan lawan. Gerakan Sri Putera banyak berpunca daripada kelincahan Akhimullah dan Arif yang beberapa kali meloloskan diri dari kawalan tetapi tidak mampu untuk menerjah jaringan.

Usaha Faisal untuk menambah koleksi gol peribadi juga tidak berjaya kerana deretan peluang yang terhidang di depan gol gagal diterjemahkan dengan baik. Kalau tiang gol dilebarkan sedikit dan palang ditinggikan sedikit, nescaya penjaga gol lawan 2 kali mengutip bola dalam jaring. Akhi, 2 kali berpeluang untuk mencipta nama. Tetapi, tiang dan palang menafikannya. Sekali tandukan hasil hantaran lintang dari sebelah kiri oleh fadli, ditanduk Akhi, namun singgah di palang gol. Kali kedua, hasil lambungan cantik dari Akhi juga, masih sempat melekat di tiang gol. Sri Putera membuat 2 pertukaran mengeluarkan Aiman dan memasukkan Fakhrurrazi dan menarik keluar Faisal untuk diganti dengan Adnan. Pun begitu, keputusan belum berubah. Akhirnya, terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Sri Putera tewas 2-3.

Skuad Piala Presiden 2008

Pengurus Pasukan: Mohd Nor
Mudarrib: Mohd Fikri
Penjaga gol: Shauqi & Muhaimin
Pertahanan Kanan: Daing & Salleh
Pertahanan Kiri: Fadli (kapten)
Pertahanan Tengah: Syamir
Defensive Midfielder : Aiman & Fakhrurrazi
Attacking Midfielder: Akhimullah
Sayap Kanan: Saiful Islam
Sayap Kiri: Arif
Penyerang: Faisal Ariff & Adnan

* Formasi (3-1-3-1) dan corak permainan yang diulas adalah hasil pemerhatian saya semasa perlawanan tersebut. Tiada kaitan dengan pengurusan skuad dan saya sama sekali tidak mencampuri urusan taktikal pasukan:)
* Jangan percaya dengan angka kehadiran penonton. Sekadar untuk menambah garam.

Tiada ulasan: