Selasa, Februari 12, 2008

Catatan lama

Piala Presiden 04

Baru-baru ini, Mansurah telah menghantar satu pasukan menyertai kejohanan bola sepak Piala Presiden yang diadakan di Stadium Tanta. Kejohanan itu berlangsung dari 24 hingga 29 Februari 2004. Pasukan Mansurah kali ini tampil dengan nama yang baru iaitu Jazerah al-Ward Fc. Berbekalkan semangat yang jitu dengan gabungan pemain lama dan baru, pemergian ke Tanta semestinya dengan harapan ingin membawa pulang piala yang dipertandingkan. Seperti kebiasaan, Mansurah sering dianggap pasukan underdog dalam-mana-mana kejohanan yang disertai.

Berikut adalah keputusan perlawanan perigkat liga.

Jazerah al-ward Fc vs Kuala Lumpur 3-0
Jazerah al-Ward Fc vs Royalti Pahang 2-1
Jazerah al_ward Fc vs Royalti Fc (Terengganu ) 0-0
Jazerah al_ward Fc vs Penang (Mansurah menang percuma dengan kiraan 2-0)

Dengan keputusan itu, Jazera al-Ward muncul juara kumpulan B seterunya layak ke suku akhir dan akan bertemu dengan pasukan dari Syubra. Pun begitu, harapan untuk melihat pasukan kesayangan mara lebih jauh tidak kesampaian apabila kalah mengejut kepada pasukan Syubra. Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat dengan pembentukan pasukan Jazera al-Ward berpuas hati dengan penampilan kali ini. Walaupun hampir keseluruhan pemain mengalami kecederaan sebelum dan semasa permainan, kita mampu jugak mempersembahkan permainan yang menarik dengan menggunakan sepenuhnya kepantasan yang dimilikki oleh pemain2 Jazera. Tapi itulah yang dinamakan dunia bola sepak. Betul kata orang bola itu bulat. Macam-macam boleh berlaku.

Kami juga rasa berbangga kerana Mansurah satu-satunya wakil muhafazah yang layak ke peringkat suku akhir selain berpuas hati kerana kerana berjaya menumpaskan pasukan yg kuat seperti Pahang dan berjaya mengikat pasukan favourite yang disebut-sebut bakal menjuarai kejohanan kali ini iaitu Terengganu.

Harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnyanya satu anugerah juga tidak berjaya. Ustaz Mohd Tarmizi Abdullah pada peringkat awalnya mendahului pemain-pemain lain dengan 4 jaringan tetapi dipintas oleh seorang pemain sabah disaat akhir. Hanya perbezaan satu gol yg memisahkan Ustaz Mohd Tarmizi untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.

Kejohanan kali ini pastinya meninggalkan pelbagai kenangan dalam sanubari mereka yang terlibat dengan Jazera al-Ward. Inilah kali pertama dalam tempoh lebih kurang 3 atau 4 tahun kebelakangan ini kejohanan tersebut diadakan di Istad Tanta (luar Kaherah). Kalau pertandingan dijalankan di Kaherah sudah tentu para pemain akan menetap di sana. Tetapi apabila dilangsungkan di Tanta, semua pemain mengambil keputusan untuk ulang alik dari Mansurah ke Tanta yang memakan masa lebih kurang 45 minit naik pijot dan sejam setengah kalau naik keretapi. Sepanjang kejohanan juga, para pemain sentiasa bersama. Lebih kurang 15 orang semuanya. Tidur bersama, makan bersama, naik pijot bersama, jalan bersama. Pendek kata kami sentiasa bersama. Sememangnya itulah yg dimahukan.

Walaupun keletihan dan banyak wang ringgit terpaksa dihabiskan sepanjang kejohanan, tetapi para pemain berpuas hati kerana inilah pengorbanan selaku pemain bola sepak dan jugak merangkap ahli Mansurah yang dapat diberikan kepada DPMM. Usaha untuk mengangkat nama Mansurah suatu hari nanti tetap ada disanubari para pemain.

Terima kasih kepada para penyumbang ikhwah dan akhawat. Dua kali dilancarkan di DPJA dan sekali kutipan dari rumah ke rumah. Semua itu kami guna untuk persiapan dan kegunaan sepanjang perlawanan berlangusng. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua di atas sumbangan tersebut.

Juga terima kasih kepada penghuni beberapa buah rumah akhawat yang menyediakan juadah untuk sarapan pagi kepada para pemain. Tidak ketinggalan jutaan terima kasih kepada Ustaz Irwan Shah dan Ustaz Zulkifli Mat Jusoh kerana menyediakan juadah makan tengahari kepada kami (sedap rojak kelate dan roti canai free demo, kalu boleh nak lagi). Kepada para peminat yang sering memberi sokongan sama ada dari Mansurah atau sanggup turun ke Tanta, jugak kami ucapkan terima kasih. Sokongan sebegitulah yang kami mahukan. Semoga tema kejohanan Piala Presiden kali ini iaitu "Ukhuwwah Matlamat Kemenangan " tercapai


Senarai pemain skuad bola sepak Jazera al-Ward 2004

Mohd Nawawi Ibrahim, Khairul Anuar Abd.Razak, Zuhairun Najah, Zulkifle Mat Jusoh, Khairul Mizanudin Ahmad, Daing Muhammad Azmi, Mohd Hamidi Awang, Mohd Tarmizi Abdullah, Mohd Amin Md Nor, Shahrizal Ghazali, Shahrin Abd Manaf, Abdul Mukmin Osman, Fairul Azhar, Abdul Syukor Kirmon,

Penasihat

Wan Mohd Hasri Wan Hassan

Pengurus pasukan

Mohd Nasir Razali

Pegawai2

Mohd Ikmal Hafif, Rosli Abd Rani

*catatan ini pernah dihantar ke e-Dpmm pada tahun 2004

Tiada ulasan: