Isnin, Jun 16, 2008

Bila nikmat minyak dirampas

Syukur kita dilahirkan di negara berminyak. Minyak adalah nikmat yang Allah pancutkan dari dasar laut dan bumi. Beruntunglah mana-mana negara yang berminyak. Semua rakyat harus bersyukur sekiranya dilahirkan di negara minyak. Selain sumber ekonomi sesebuah negara seperti balak, pertanian dan pelancongan, minyak salah satu daripadanya. Tidak pelik bila mana kita lihat negara seperti Amerika sanggup menceroboh negara yang berdaulat seperti Iraq semata-mata kerana minyak (ada faktor lain lagi). Sebab mereka tahu, bila minyak dalam genggaman, ekonomi dunia dapat dikuasai.

Rakyat yang bernaung dalam negara pengeluar minyak sudah tentu akan dapat merasi nikmat tersebut. Dalam satu ceramah yang saya dengar, seorang tukang sapu sampah di Brunei (negara berminyak) bergaji lebih kurang 10,000 sebulan (kalau betul, betul la. Kalau silap pun, gajinya masih tinggi rasanya). Itu baru nikmat gaji. Belum diambil kira nikmat lain seperti harga barang/makanan yang murah, harga diesel/petrol. Sekiranya minyak diurus tadbir dengan baik dan betul, nescaya rakyat akan hidup senang lenang. Tidak perlu membayar tol dan tidak perlu bersusah payah beratur di pejabat pos semata-mata menuntut rebat!

Hari ini, harga minyak dunia naik lagi. Ikutkan sifir, negara pengeluar minyak akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Tetapi berlainan pulak di negara kita. Setiap kali minyak naik, boleh dikatakan banyak kali jugak malaysia menaikkan harga runcit petrol/diesel. Mulalah para pembesar negara mengatakan minyak kita masih yang termurah. Kalau ya pun nak buat perbandingan, buatlah dengan negara pengeluar minyak yang lain. Tidak kena buat perbandingan durian Malasyisa lebih murah dari negara Jepun. Kita negara berdurian sedangkan Jepun hanyalah pengeluar selipar jepun!

2 hari lepas, seorang kawan memberitahu, jika sebelum ini, hanya perlu RM 5.00 untuk memenuhkan tangki minyak motornya. Tapi selepas kenaikkan harga minyak, untuk kuantiti yang sama kini mencececah RM 6.00 lebih. Disesetengah negara, rakyat sudah 'naik minyak' bila harga runcit dinaikkan di negara mereka. Di negara kita pun, rakyat mulai 'naik minyak'. Buktinya dalam PRU baru-baru ini, rakyat telah 'mengajar' kerajaan yang merampas nikmat minyak. Itu baru 'naik minyak' dengan harga lama. Tapi, selepas kenaikan harga runcit yang baru, rakyat perlu bina mekanisme baru untuk 'mengajar' kerajaan. Ini kerana, kita sudah tidak dapat merasai nikmat sebagai rakyat dari negara pengeluar minyak. Di hadapan hanya ada 2 jalan. Turunkan harga minyak atau kerajaan perlu berhadapan dengan rakyat yang akan 'naik minyak' lagi selepas ini!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam staReh,,,

looking for new template??search at my page..