Sabtu, November 10, 2007

Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan

Terima Kasih

Alhamdulillah, kita telah selesai merayakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 47. Secara keseluruhan, ukks berpuas hati dengan pencapaian pada tahun ini. Kontijen Mansurah menyertai hampir kesemua acara yang dipertandingkan dan peserta dari DPMM memenangi beberapa acara yang ditarget oleh ukks. Begitu juga dengan perbarisan kontijen. Mungkin ini antara yang teramai kita menghantar peserta untuk menyertai perbarisan kontijen.

Sepanjang sepuluh hari kami tinggal di rumah johor H8. Semua peserta acara padang dan acara dewan dapat tinggal sebumbung. Mungkin kerana orang yang sama menyertainya. Hasilnya, kita dapat mengukuhkan lagi ukhuwah sepanjang kejohanan ini berlansung.

Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam PMHK kali ini sekiranya ada kelemahan dan kekurangan. Maaf juga kepada ahli Usrah Soutul Mujahidah (Usm) kerana kami bawa hampir semua alat nasyid ke kaherah. Kami cuba untuk berbuat sesuatu, tapi apakan daya jarak antara Mansurah dan Kaherah terlalu jauh untuk kami ulang alik. Nasib baik, ahli Usm menetap di rumah johor juga. Ini memudahkan kerja kita bersama.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawantankuasa Bertindak Pra PMHK peringkat Mansurah kerana berusaha keras dalam mencari dan melatih peserta untuk dihantar ke kejohanan ini. Terima kasih juga kepada Ustazah Shariah bt. Muhamad (Ketua Unit Hal Ehwal Kemasyarakatan Hewi) dan Ustazah Nurazlisa bt.Che Ahmad (Ketua Unit Perumahan Hewi) selaku mas'ulah PMHK akhawat kali ini kerana memberi kerjasama dan sokongan kepada kami. Tidak dilupakan kepada ahli Usrah-al-Wehdah, Usrah Soutul Mujahidah, Skuad Kompang (akhawat), Skuad Wajadiri Mansurah, Skuad Puteri Mansurah dan seluruh ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah kerana sentiasa menyokong kami. Semoga kita bertemu lagi pada PMHK kali ke 48

Tiada ulasan: