Sabtu, November 10, 2007

Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan

Pingat Pertama
Mohon maaf kerana terlewat sehari untuk melaporkan perjalanan kontinjen Mansurah pada kali ke 47. Agak sukar untuk dapatkan cc di bandar kaherah ini. Kalau ada pun sedikit mahal harganya berbanding di Mansurah.

Seramai 11 orang, majoritinya mahasiswa baru, telah bertolak ke kaherah pada jam 11.00 mlm. Penempatan untuk kontinjen Mansurah kali ini ialah di Rumah Johor H8 syaqah 7. Saya dan Timbalan Pengerusi bertolak jam 2.30 pagi. Manakala pengerusi dan Ketua Upep terpaksa bertolak selepas subuh kerana ada urusan penting di Mansurah.

Dua hari sebelum kejohanan, kami sempat mengadakan latihan kawad di Padang Kuliah. Pada hari perasmian, kami tampil dengan baju kemeja, jersi dan baju silat. Ia melambangkan acara-acara yang disertai.

Acara pertama pada pagi perasmian ialah acara maraton. Acara ini adalah salah satu acara yang kami jangkakan akan menyumbang pingat emas dan lain2 warna pingat. Ukks mendaftarkan seramai 6 org peserta untuk acara yang berlangsung pada jam 6.00 pagi ini.

Kami yang menanti di garisan penamat bersorak gembira kerana peserta pertama Mohd Afif bin Yahya, peserta kedua Nirwan, peserta ketiga Muhammad Arif bin Yahya dan keempat Muhammad Fauzi bin Ismail adalah daripada DPMM. Selang beberapa minit kemudian kami dimaklumkan kemenangan tersebut tidak dikira. Kami dan peserta yang tidak berpuas dengan kelemahan yang berlaku membuat bantahan namun tidak diterima. Ini adalah peristiwa kedua selepas tahun 2002 yang juga pada waktu itu melibatkan peserta dari Mansurah. Walau bagai manapun kita berjaya juga mendapat pingat gangsa yang disandnag oleh Mohd Yasir bin Razi dan tempat ke 17 oleh Ahmad Fauzan Naim Mohd Saibani. Sebanyak 20 hadiah disediakan untuk acara ini. Namun, ahli Mansurah yang hadir tetap menganggap 4 org peserta tadi adalah pemenang sebenar acara maraton.
Syabas kepada Mohd Yasir dan Ahmad Fauzan kerana menyumbangkan kemenangan pertama kepada Mansurah. Saya jugak ucapakan terima kasih dan syabas kpd 4 orang peserta yang dibatalkan kemenangan tadi. Walupun pruh, kalian masih mampu untuk meneruskan perbarisan pada hari tersebut dan acara2 lain selepas ini. Insya Allah atas dasar ukhuwah Islamiyyah kita akan teruskan perjuangan ini dengan menyertai acara-acara lain yang masih berbaki. Semoga kemenangan bersama kita semua selepas ini.

Sebelum terlupa, satu lagi acara baru dipertandingkan pada kali ini iaitu kempen cintakan negara. Ustazah Norazlisa (Ketua Uph) bersama adhocnya akan dapatkan tandatangan untuk akhwat dan saya sendiri untuk ikhwah. Tunggu di rumah masing-masing.

Itu sahaja laporan terkini dari Kaherah. Insya Allah Ukks akan melaporkan dari semasa ke semasa perjalanan PMHK kali ke 47 ini terutamanya yang melibatkan kontinjen Mansurah.

Berita Ukks

Pra Pmhk

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana kami daripada Unit Kebudayaan Kesenian & Sukan telah berjaya mengadakan pertandingan Acara Ilmiah PRA PMHK pada 20-21 Jamadil Akhir 1425 / 6-7 Ogos 2004.

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan kali ini yang baru sahaja selesai pada jam 12.30 pagi sebentar tadi.

TILAWAH AL-QURAN

1) Majdi Bin Sabri
2) Azan Bin Mohammad (pakdam)

TAHFIZ

1) Ahmad Fauzan Naim Mohd Saibani
2) Mohamad Imran Bin Lamree

SAJAK

1) Nashrul Hadi Bin Zainal Abidin Mustapa
2) Abdul Kadir Bin Umar

PIDATO BAHASA MELAYU

1) Mohd Razki Bin Mohd Razak
2) Ahmad Fauzan Naim Mohd Saibani

PIDATO BAHASA ARAB

1) Nashrul Hadi Bin Zainal Abidin Mustapa
2) Abdul Kadir Bin Umar

FORUM BAHASA MEAYU

1)
- Nashrul Hadi Bin Zainal Abidin Mustapa
- Ahmad Fuzan Naim Mohd Saibani
- Abdul Kadir Bin Umar
- Abdul Malik Bin Ladzim (pakdam)

2)
- Mohd Adham Bin Hodari
- Syaeef Fahmi Bin Muda (pakdam)
- Azan Bin Mohammad (pakdam)
- Hasan Basri (pakdam)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang terutamanya kepada mahasiswa baru yang berani mencuba dan pasangan berkeluarga yang turut sama menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan pada kali ini. Pihak penganjur memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sepanjang dua hari pertandingan ini dijalankan.

Catatan lama

Organisasi Nasyid

Struktur Organisasi Usrah al-Wehdah 2003/2004

PENAUNG
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

PENASIHAT
Nik Mohd Azman Bin Nik Husain
Wan Mohd Hasri Bin Wan Hassan

EX-OFFICIO
Abdul Syukor Bin Kirmon
Wan Zakaria Bin Muhammad

PENGARAH
Mohd Afif Bin Yahya

SETIAUSAHA
Muhammad Arif Bin Yahya

BENDAHARI
Mohd Nazri Bin Amir Hamezah

KETUA UNIT PERALATAN
Mohd Aizuddin Bin Mohd Salleh

KETUA UNIT KAUNSELING
Mohd Shahir Bin Mohd Hassan

JURULATIH
Mohd Toha Bin Hassan
Ashari Bin Jumingan
Muhammad Solahuddin Bin Salleh

*catatan ini pernah dihantar ke e-Dpmm pada tahun 2004

Catatan lama

Organisasi Swam

Strukutur organisasi Skuad wajadiri Mansurah (Swam) 2003/2004


PENAUNG
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

PENASIHAT
Nik Mohd Azman Bin Nik Husain
Wan Mohd Hasri Bin Wan Hassan

PENGARAH
Mohd Zaidi Bin Rasmani

SETIAUSAHA
Mohd Tarmizi Bin Abdullah

BENDAHARI
Mohd Hamidi Bin Awang

KETUA UNIT PERALATAN
Tuan Daud Bin Wan Che Omar

MAHAGURU SILAT
Abdul Malik Bin Md.Ladzim
Syaeef Fahmi Bin Muda

MAHAGURU TAEKWANDO
Khairun Nizam Bin Mohmad Hassan

*catatan ini pernah dihantar ke e-Dpmm pada tahun 2004







Catatan lama

Mabruk Usm, Spm dan Swam

Mabruk diucapkan kepada ahli Usrah Soutul Mujahidah (USM) kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan yang dianjurkan oleh PMRAM sempena dengan program SOLEHAH baru-baru ini. Teruskan usaha. Semoga selepas ini kejayaan menjadi milik kita.

Mabruk juga kepada ahli Skuad Puteri Mansurah (SPM) kerana berjaya mengadakan satu persembahan silat yang mantap hasil gabungan dengan beberapa ahli dari BKAN sekitar kaherah dan DPMI dalam program yang sama.

Tidak lupa juga mabruk kepada ahli Skuad Wajadiri Mansurah (SWAM) kerana berjaya mempersembahkan satu demonstrasi yang tidak pernah dibuat oleh orang lain di Dataran H 10 pada 10 hb yang lalu. Kepada seluruh ahli silat Gayong Malaysia Cawangan Mansurah (ikhwah je) insya Allah tidak lama lagi kita akan mengadakan ujian bengkung putih. Maklumat tersebut akan diberitahu dalam sesi latihan dan melalui iklan-iklan yang akan diedar.

*catatan ini pernah dihantar ke e-Dpmm pada tahun 2004

Bola Mesir

CAF Champions League 2007

Semalam (memang malam), rupanya ada perlawanan akhir kedua Liga Juara2 Afrika antara El Ahly - Egypt vs E.S. Sahel - Tunisia. Lama benar saya tidak mengikuti perkembangan bola sepak Mesir khususnya nadi (kelab) El-Ahly dan muntakhab (pasukan kebangsaan) Mesir. Perlawanan semalam pun, saya tahu bila terlihat di kaca televisyen, wartawan sedang menemuramah Mohamed Barakat (pemain El-Ahly) sejam sebelum sepak bola dilangsungkan. Mulanya teringin juga untuk menonton perlawanan itu, tapi saya batalkan hasrat dan saya hanya mengikuti perkembangan semasa dan keputusan muktamad di www.goalzz.com. Keputusannya, el-Ahly tewas 1-3

Selasa, November 06, 2007

Salin & Tampal


Malaysia bukan negara junta - Salah apa demonstrasi aman?

Tunjuk perasaan adalah satu tajuk yang sangat berkaitan dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata.

Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan.
Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya. Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun. Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan Tawaf untuk mengEsakan Allah S.W.T. di Kaabah, satu-satunya Kiblat seluruh umat Islam.

Ini semua adalah manifestasi demonstrasi sebenar yang telah dituntut oleh Allah S.W.T. seawal-awal wujudnya Adam Alaihissalam lagi. Sebagaimana kita dibolehkan berdemontrasi untuk perkara-perkara maaruf, begitulah juga kita dituntut untuk menunjukkan perasaan protes dan penentangan kita terhadap apa juga kezaliman, jika berlaku kezaliman.(Amar maaruf nahi mungkar).

Boleh berdemonstrasi kerana Malaysia negara demokrasi

Dalam konteks demontrasi di Malaysia, bagi yang sudah-sudah atau yang akan diatur, saya melihat ianya tidak bercanggah dengan perintah kebebasan bersuara dalam Islam. Perhimpunan aman sekadar menyatakan sikap melalui corong-corong pembesar suara semata-mata untuk menjelaskan asas dan hujah adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan apa jua acuan demokrasi atau Islam.

Kita bukan kerajaan junta. Myanmar dilanda perarakan aman sami-sami Buddha lebih 100,000 orang di Dataran Yangon dua minggu yang lalu adalah manifestasi perasaan rakyat yang telah lama terpendam. Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.

Bagi saya, saya tetap merestui sebarang perhimpunan aman untuk sekadar menyatakan sikap dan membangkitkan semangat kesedaran untuk menolak kezaliman. Jika saya tiada masalah kesihatan, saya akan turut bersama dalam mana-mana kesempatan untuk menyatakan protes terhadap apa yang tidak betul dengan syariat Allah S.W.T.

Sungguhpun pihak berkuasa ada mempunyai hak untuk menghalang dengan tidak mengeluarkan permit tetapi biarlah seboleh-bolehnya semua pihak mendahului kaedah perundingan. Cubalah mencari formula yang boleh memuaskan hati kedua-dua pihak. Suasana "win-win" ini perlu ada dalam segenap ketika. Inilah juga apa yang selalu disebut-sebut sebagai semangat permuafakatan. Jika tak boleh demonstrasi secara berdiri, maka duduklah. Jika tak boleh berhimpun di Masjid Jamek, maka tak bolehkah bersolat hajat di Masjid India atau berpidato secara tenang di Dataran Merdeka? Jangan sampai tak boleh langsung.

Di Kelantan, suasana di sini sangat tenang. Alhamdulillah. Pihak polis di sini cukup pandai menyesuaikan diri antara undang-undang dan peraturan dan kehendak agama yang turut difahami oleh rakyat. Setiap ceramah dan perhimpunan awam di sini tidak diganggu kerana masing-masing pihak tahu sempadan dan hak masing-masing.

Kelemahan kerajaan punca protes rakyat

Kadang-kadang isu harga barang yang tidak terkawal, harga minyak yang diuar-uarkan akan naik, tuduhan skandal dalam kes pita rakaman video V.K. Lingam, teguran KDYMM Sultan Perak ke atas sistem kehakiman yang bercelaru, tuduhan rasuah yang melibatkan RM puluhan juta wang rakyat. Juga pendedahan Ketua Audit Negara mengenai pelbagai salah laku dan pengkhianatan terhadap wang pembayar cukai dan kekhuatiran rakyat yang menyeluruh terhadap SPR dalam Pilihan Raya Umum Kali Ke 12 yang akan datang - ini semua adalah haba. Ia adalah sesuatu yang hangat. Larva dan magma daripada sebarang gunung berapi boleh meletus jika ditutup mulutnya dengan tudung periuk dan gunung berapi boleh diam buat sementara, tetapi dia akan meletus juga satu hari nanti.

Oleh kerana rakyat merasakan mereka mempunyai fakta dan fakta ini pula tidak dilayan walaupun telah disampaikan melalui saluran demokrasi, maka mereka wajar diberikan laluan untuk berhimpun secara aman. Selagi mereka memohon dan berjaya untuk menyampaikan protes dengan hujah secara tertib secara aman dengan premis dan masa yang telah diberikan, maka tugas pihak berkuasa ialah untuk memantau. Bukankah akrabnya kesetiakawan polis dan rakyat itu ada terlambang dalam lencana polis yang berjabat tangan? Dan, hak-hak ini turut diakui oleh pihak SUHAKAM.

Ia adalah hak yang tersedia di dalam Perlembagaan dan boleh dinikmati oleh setiap warganegara seperti yang disebut di dalam Perkara 10 Ceraian 1 A & B iaitu (Every citizen has the right to freedom off speech and expression. All citizens has the right to assemble peaceably and without arms). Demonstrasi sebenarnya sama juga dengan pernyataan perasaan. Dalam prinsip dakwah, kita ada 3 saluran iaitu Bilhikmah yakni segala hikmah, nasihat dan tegur menegur atau membangkang secara beradab dan ketiganya bermujadalah yakni bersemuka untuk menyatakan pandangan. Ketiga-tiga saluran ini dibenarkan oleh Islam. Kenapa pula tiba-tiba dengar khabar, ia akan ditutup semuanya?

Polis patut ikut kata PM, lupakan perkara lama

Dalam pelancaran ECER pada 29 Oktober lalu, kita telah mendengar seruan Perdana Menteri supaya lupakan perkara-perkara yang telah lama. Beliau mengajak kita untuk memandang ke hadapan dan lupakan perkara-perkara yang lepas. Cerita tidak memberikan permit ini adalah cerita lama. Oleh itu, kita hendaklah meninggalkannya. Kita mulakan mulai sekarang, kita perlu membuka agenda baru dengan memulihkan demokrasi dan kembalikan hak rakyat seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 10 dalam Perlembagaan yang saya sebutkan.

Ini hak setiap rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau mahu ambil petikan hak orang Islam seperti yang dijaminkan oleh Allah S.W.T., ia ada disebutkan dalam al-Quran Surah Yaasiin ayat 19 (sebahagian ayat) yang bermaksud, "Apakah sekadar jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas."

Adakah sekadar mahu memberikan peringatan kepada masyarakat pun tidak boleh, sedangkan Islam berkata boleh. Ringkasnya, beri layanan yang adil kepada semua rakyat.

Jika pemuda Umno pun boleh diberikan permit untuk berdemonstrasi semasa Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice membuat lawatan ke Malaysia, maka apa salahnya membenarkan pemuda PAS membuat demonstrasi di atas sesuatu isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pokoknya aman tanpa provokasi.

Jika inilah syaratnya dan ini telah dipatuhi oleh parti pembangkang maka saya mahu bertanyalah "salahnya dimana?"

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan - mr