Isnin, Mac 17, 2008

Politik Kelantan

Mantan Ahli Parlimen Pasir Mas

Sebagai mukaddimah, saya copy paste 2 keratan tulisan Tuan Haji Mohd Sayuti Omar dalam blognya :

1) "Tetapi Alhamdulilah sebaik saya memijak kaki di padang Mini Stadium Pasir Mas kebetulan nama Ibrahim Ali disebut sebagai calon Parlimen Pasir Mas. Orang yang mengumumkan ialah Yang Dipertua Pas Pasir Mas, Ismail Nuh, yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas dan pernah bertempur dengan Ibrahim dan menjadi ahli Parlimen Pasir Mas selama dua penggal. Selepas pengumuman itu kelihatan keduanya berpelukan antara satu sama lain, pelukan ala Arab. Tanpa disedari air mata saya membekak di birai mata kerana seronoknya melihat dua hamba Allah yang sebelum ini berada di sudut berbeza namun hari ini boleh pula duduk atas pentas yang sama untuk menuju mardhatilah".

2) "Beliau menjelaskan pengudurannya daripada mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas telah dibuat sejak dua tahun lagi. "Saya telah jelaskan kepada pimpinan Pas kawasan mengenai hasrat saya ini bahawa pada pilihan raya ini saya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi," jelasnya.Saya ingin jelaskan di sini saya ikhlas mengenai pengunduran ini dan berharap supaya para pengundi memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Paduka Ibrahim Ali," ujarnya disambut takbir. Ismail juga berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya dan orang ramai menolak apa-apa dakyah mengenai tindakan Pas memberi laluan kepada Ibrahim bertanding di kerusi Pasir Mas".
-----------------------------------------------
Pilihanraya baru-baru ini, menyaksikan beberapa nama besar di Kelantan tidak bertanding/digugurkan daripada menjadi calon. Antaranya Ustaz Ismail Nuh, mantan ahli parlimen Pasir Mas dua penggal (1999-2004/2004-2008). Saya kira, nama beliau mungkin kurang dikenali (orang luar dari Kelantan) bagi penggal pertama menjadi ahli parlimen. Maklumlah, waktu itu ramai tokoh2 besar ahli parlimen daripada PAS dan Keadlian menjadi 'Yang Berhormat'. Tetapi tidak pada penggal seterusnya. Hanya 6 orang ahli parlimen PAS. Justeru menyebabkan nama Ustaz Ismail Nuh dikenali ramai. Beliau, dianggap wakil 'ustaz' kepada ahli parlimen yang lain. Walaupun ahli parlimen Pengkalan Chepa lulusan al-Azhar, tetapi, beliau awal2 lagi menyatakan, urusan/soal agama di parlimen akan diserahkan pada Ustaz Ismail Nuh. Sesiapa yang mengenali Ustaz Ismail Nuh, mungkin boleh bersetuju dengan pandangan Ustaz Abdul Halim Abd. Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa). Beliau ada kepakaran dalam bidang agama. Ilmunya mungkin sebanyak atau mungkin lebih daripada timbunan kitab di rumahnya. Sebelum datang Mesir, beliau pernah ajak saya ke rumahnya. Kitab banyak kat rumah katanya.

Kalau tidak salah ingatan, beliau lulusan dari Universiti Baghdad. Seangkatan dengan beliau, Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi (Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat), Allah huyarham Ustaz Mumtaz (mantan Penolong Kanan 1 Ma'had Muhammadi Lelaki sekitar tahun 90) dan lain-lain. Beliau ada kuliah agama sendiri. Mungkin di seluruh Kelantan. Yang saya tahu, setiap malam sabtu, kuliah magrib beliau di Masjid Langgar, Kota Bharu. Saya yang agak 'fanatik' dengan suara dan penyampaian kuliah beliau, selalu mengikuti kuliah magrib itu. Ustaz Ismail Nuh juga memiliki madrasah/pondok sendiri di kampungnya, Slow Machang, Pasir Mas. Di tengah kemashuran nama beliau waktu itu, maka beliau dicadangkan menjadi calon parlimen Pasir Mas tahun 1999.

Sebenarnya, beliau bukan mahu sangat menjadi YB. Saya masih ingat, ketika mana Ustaz Ismail Nuh datang ke rumah saya, beliau ada menyebut sayangkan madrasah dan anak-anak murid yang 'bertalaqi' dengan ilmunya. Kalau bukan Tok Guru Mursyidul Am yang minta jadi calon, nescaya beliau akan teruskan aktiviti harian mencurahkan ilmu kepada masyarakat setempat. Beliau bukan seorang yang sukakan jawatan. Bilamana nama beliau 'tidak naik' untuk PRU 12, tiada reaksi kecewa, mengeluh seperti sesetengah yang lain. Alangkah manisnya, kalau semua ahli PAS bersikap seperti mantan ahli parlimen Pasir Mas ini!

Ahad, Mac 16, 2008

Catatan lama


Perwakilan terbaik kali ke 72


Semalam dalam perjalanan pulang ke Mansurah, saya menerima beberapa sistem pesanan ringkas ( SMS ). Sms pertama datangnya daripada 'burhanuddin 09' bertanyakan perjalanan muktamar, BP kekal dan ahli Mansurah yang jadi BP tahun ini. Saya belum membalas 'emelnya' kerana kehabisan kredit. Lagipun saya akan hantar emel kepada beliau atau mungkin beliau boleh ikuti perkembangan tersebut melalui emel ini atau melalui pentas-pentas lain di alam maya (e-dpmm). Terima kasih kepada 'Ustaz Jenjarum' kerana masih mengambil berat dan sentiasa mengikuti perkembangan PMRAM dan DPMM.

Manakala sms kedua datangnya daripada seoarang ustazah Mansurah. Beliau mengucapkan mabruk dan syabas kepada perwakilan ikhwah kerana memenangi anugerah perwakilan terbaik sempena Muktamar PMRAM kali ke 72. Katanya, perwakilan tahun ini, mantap, bertenaga dan aktif. Terima kasih atas penghargaan tersebut. Menurut Ketua Unit Disiplin Muktamar, beberapa kriteria telah ditetapkan untuk memenangi anugerah perwakilan terbaik. Antaranya pendaftaran, pakaian, disiplin dan keaktifan bercakap. Boleh jadi, perwakilan Mansurah sesi ini dapat memenuhi semua kriteria yang telah digariskan. Mabruk sekali lagi kepada 27 perwakilan dan seorang pemerhati yang hadir ke Muktamar semalam.

Walau bagaimanapun, hasrat untuk menyapu bersih kemenangan belum berjaya. Ramai yang menjangkakan perwakilan akhawat Mansurah akan turut memenangi anugerah perwakilan terbaik selepas melihat keakftifan pada kali ini. Tetapi akhirnya akur dengan keputusan yang diterima. Dalam sms yang sama, ustazah tersebut memberitahu, soal menang kalah bukan tujuan kehadiran ke muktamar. Tetapi yang penting kita dapat bersama-sama dengan PMRAM untuk bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan yang ada. Kehadiran ini juga menunjukkan sokongan dan kebersamaan kita kepada PMRAM katanya lagi. Sejujurnya, penglibatan perwakilan akhawat Mansurah semalam boleh dipuji. Ada peningkatan dan perkembangan yang baik samada ketika bertanya, membahas dan memberi cadangan. Juga pandai bermain dengan kata-kata, pandai menghidupkan suasana ketika bercakap dan yang penting lagi kerana berani untuk bersuara. Kepada srikandi Mansurah, syabas kerana menampilkan kelainan pada kali ini.

Sebelum berundur, mabruk diucapkan kepada Ustazah Siti Saleha Ismail ( Selangor/ Mansurah ), Ustazah Nor Suhaila Ahmad ( Selangor/Mansurah ) dan Ustazah NurulHana Abdullah ( Perlis/Mansurah ) kerana telah memenangi ( menang tanpa bertanding ) kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM 2005. Selamat menjalankan tugas.

*catatan ini pernah dihantar ke egroup DPMM (eDpmm) pada 23.3.2005.
*burhanudin 09/jenjarum adalah identiti seorang ahli dpmm ketika muncul dalam eDpmm. Dalam blog rasmi dpmm, beliau dikenali dengan nama 'nahnu'
*Selamat bermuktamar kali ke 75 hari rabu ini kepada semua.

Pandang belakang

Kempen boikot akhbar

Petang semalam, saya ada bersembang dengan seorang kawan atas talian. Seorang 'akhawat'. Katanya, dia telah boikot baca akhbar arus perdana bermula 9hb baru-baru ini. Sejujurnya, saya sendiri, sejak akhir2 ini semacam ada rasa satu perasaan pelik. Saya rasa 'loya' bila membelek utusan meloya online. berita hairan online, harian metro online. Nasib baik ketiga2 akhbar atas talian itu, ada berita sukan. Terpaksa juga saya membukanya. Itupun, cepat2 saya klik ruangan sukan tanpa berlama-lamaan di halaman utama. Kalau tak kerana berita sukan, sudah lama saya lupa dengan address/url akhbar tersebut.

Bahan bacaan seperti akhbar boleh
menjajah / mempengaruhi pemikiran seseorang. Saya pernah rasainya. Di awal akil baligh (tahun 1990) sebelum dan selepas PAS menang di Kelantan, 'akidah' saya sering terjejas setiap kali membaca akhbar utusan. Jadi, saya tak pelik kiranya, ramai yang terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan olek saki baki anak didikan British yang menjajah Tanah Melayu dahulu. Lebih2 lagi, jenis yang tidak membaca, mendengar, memerhati sumber2 lain. Maka lagi senanglah terpengaruh. Banyak fakta dan cerita yang tidak betul / tepat yang sering disiarkan akhbar milik kerajaan pemerintah. Kalau kita tak dengar dari mulut tuan yang mengeluarkan kenyataan / baca dari sumber-sumber yang lain, maka akidah kitapun turut sama dengan akhbar tersebut.

Bila sebut pasal boikot, saya teringat ketika zaman reformasi tahun 99. Kemuncak kemarahan, kebencian dan 'kemeluatan' rakyat terhadap akhbar (termasuk berita tv), dilancarkan kempen boikot beberapa akhbar. Sebagai gimik / tanda protes dan kempen itu, dilancarkan t-shirt khusus dan aktiviti bakar akhbar. Pada tahun itu, saya masih berada di Kusza. Di tahun2 akhir. Saya berpakat dengan seorang kawan 'satu kepala' dengan saya untuk turut membakar sama akhabar di beberapa loksai utama kolej itu. Sudah sampai ke tahap merancang, berkumpul, mengumpul akhabar. Pun begitu, saya ingat2 lupa kesudahan perancangan nakal kami berdua sama ada berjaya atau tidak:) Teruskan boikot kepada mereka yang mampu. Kalau tak mampu, kena rajin-rajin baca bahan bacaan alternatif supaya kita tidak terus ditipu oleh barang naik (BN)!